Tuesday, September 9, 2008

musim exam......

Salam sayang..lamer tak bukak blog...hari ni nak cter pasal exam...minggu ni penuh dengan exam...pening kepale la...
Minggu nie,.. exam sume susah-susah...sakit kepale nak hadap sumer....hahaha...minggu ni exam csc, ari khamis malam jumaat nti..cam maner nk hadap pun xtau...cik yus, tlg r bagi tajuk2 yang masuk tok mid term ni..
Korang sumer, nti ak comment ek..ak banyak kejew skg, ngan nk present lg...ni pun sajer je nk msuk blog,,,,tibe2 nk msuk....

Sunday, July 20, 2008

Salam sayang buat semua....di ruangan blog ini, saya ingin memaparkan tentang soalan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek CSC..di bawah adalah soalan yang berkaitan...
Soalan:Bila anda membuat sesuatu transaksi, banyak syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat untuk menyimpan dan mengumpulkan data tentang anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi dan rekod pinjaman serta kewangan tanpa persetujuan dan tanpa memberi anda peluang untuk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda dapat lihat dalam kes diatas? Terangkan jawapan anda.

Soalan 1> Keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesan-kesan.
: Setelah apa yang saya kaji, ini bagi pendapat saya sendiri..masalah penipuan akan berlaku...kesan-kesan dari penipuan ini adalah, kemungkinan masalah pemberian gaji akan berlaku..selain itu, masalah dalam pemberitahuan tentang sesuatu maklumat berkaitan pekerjaan...malahan juga, dalam kes ini sekiranya segala rekod tentang kehidupan peribadi diketahui umum, memudahkan kita dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidaki bertanggungjawab....

Soalan 2> Jalan penyelesaian bagi kes tersebut.
: Pada pendapat saya..setelah difahami, terdapat banyak jalan penyelasaian yang boleh kita gunakan...kita sebagai manusia mempunyai hak untuk memelihara tentang segala apa yang berkaitan tentang hal kehidupan peribadi diri kita sendiri..bagi kes diatas,sekiranya kita terlibat dengan satu transaksi sesebuah syarikat, kita berhak untuk mengetahui tentang apa yang pihak syarikat lakukan dari semasa ke semasa..tidak semestinya, mereka berhak untuk mencungkil segala apa yang berkaitan dengan kehidupan peribadi..segala maklumat berkaitan perlulah disimpan di dalam satu fail sulit yang hanya diketahui oleh diri sendiri...pihak syarikat boleh untuk mengetahui tentangnya, tetapi atas dasar individu itu sendiri tahu tentang apa yang ingin diketahui...ini bagi menjamin, dari berlakunya penipuan terhadap individu yang lemah..

Saturday, July 19, 2008

Salam sayang buat semua...ruangan catatan yang kedua ini..saya ingin memaparkan tentang profil ataupun biodata saya....
NAMA:Nur Hidayah Binti Fauzi...
UMUR:19 Tahun
TARIKH LAHIR:!!-02-1989
TEMPAT LAHIR:Hospital Kajang,Selangor....
ALAMAT TETAP:Bt. 17, Kampung Dalong, 78000 Alor Gajah....
FAVOURITE FOOD: Nasi Goreng Ayam paprik....
FAVOURITE DRINK:Fresh orange.....
HOBI
: Buat hal sendiri.....

CITA_CITA:Peguam yang berjaya....
MATLAMAT HIDUP:Hidup kene berani berdepan dengan masalah...
NAMA AYAH:Fauzi B. Idris..
NAMA IBU:Suriati Bt. Othman..
ADIK-BERADIK:5 orang...second dari 5 orang....
STATUS:Bujang....stedent di KTIAM......
AZAM 2008:Nak berjaya untuk semester 3 ini.....

Friday, July 18, 2008

Nama saya Nur Hidayah Binti fauzi. Berasal dari Kajang, selangor. Saya berumur 19 tahun dan sekarang menuntut di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka yang terletak di Kuala Sungai Baru, Masjid tanah Melaka.
Di kolej ini saya mengambil jurusan Diploma Undang-Undang dan Syariah. Saya berminat untuk jurusan ini kerana telah menyimpan azam untuk bergelar seorang "PEGUAM" di suatu masa akan datang. Saya sekarang berada di dalam semester 3. Semakin hari, cabaran di dalam bidang yang diambil semakin meningkat dan memerlukan usaha yang keras untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Bagi semester 3 ini,subjek semakin banyak dan agak susah juga bagi saya untuk menempuhnya. Untuk ruangan blog ini, saya perlu untuk mengisi seberapa banyak maklumat yang boleh bagi memastikan ruang blog saya penuh dengan maklumat. Blog ini juga merupakan salah satu daripada subjek bagi semester 3 ini, iaitu Pengenalan Teknologi Maklumat atau di dalam kata ringkasnya "CSC"...hehe...pensyarah bagi subjek ini ialah, "EN. YUSENI"..orangnya agak serius tapi kuat jugak bergurau..kirenye, tidak ada perasaan bosan bile belajar..walaupun agak susah, tapi bak kata orang "sedikit-sedikit lame-lame jadi bukit"...
Ilmu kita mesti tuntut kan, so perlulah banyakkan usaha untuk capai cita-cita...kalau ada yang nak berkongsi pendapat masuk la kt blog saya ni..ini satu pengalaman baru bagi saya...mendapatkan maklumat melalui blog yang direka khas untuk diri sendiri....saya akan masukkan biodata diri tidak lame lagi, bagi memudahkan untuk orang mengenali diri "yayachicha" dengan lebih dekat lagi....sekian sajer buat mase ini...salam sayang untuk semua...hehe...BBasya...aja-aja fighting.....

Sunday, July 6, 2008

yayachicha

hallooo...!!!
welcome to my blog..i'm yaya...