Friday, July 18, 2008

Nama saya Nur Hidayah Binti fauzi. Berasal dari Kajang, selangor. Saya berumur 19 tahun dan sekarang menuntut di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka yang terletak di Kuala Sungai Baru, Masjid tanah Melaka.
Di kolej ini saya mengambil jurusan Diploma Undang-Undang dan Syariah. Saya berminat untuk jurusan ini kerana telah menyimpan azam untuk bergelar seorang "PEGUAM" di suatu masa akan datang. Saya sekarang berada di dalam semester 3. Semakin hari, cabaran di dalam bidang yang diambil semakin meningkat dan memerlukan usaha yang keras untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Bagi semester 3 ini,subjek semakin banyak dan agak susah juga bagi saya untuk menempuhnya. Untuk ruangan blog ini, saya perlu untuk mengisi seberapa banyak maklumat yang boleh bagi memastikan ruang blog saya penuh dengan maklumat. Blog ini juga merupakan salah satu daripada subjek bagi semester 3 ini, iaitu Pengenalan Teknologi Maklumat atau di dalam kata ringkasnya "CSC"...hehe...pensyarah bagi subjek ini ialah, "EN. YUSENI"..orangnya agak serius tapi kuat jugak bergurau..kirenye, tidak ada perasaan bosan bile belajar..walaupun agak susah, tapi bak kata orang "sedikit-sedikit lame-lame jadi bukit"...
Ilmu kita mesti tuntut kan, so perlulah banyakkan usaha untuk capai cita-cita...kalau ada yang nak berkongsi pendapat masuk la kt blog saya ni..ini satu pengalaman baru bagi saya...mendapatkan maklumat melalui blog yang direka khas untuk diri sendiri....saya akan masukkan biodata diri tidak lame lagi, bagi memudahkan untuk orang mengenali diri "yayachicha" dengan lebih dekat lagi....sekian sajer buat mase ini...salam sayang untuk semua...hehe...BBasya...aja-aja fighting.....

No comments: